UCAPAN BAHAS BAJET 2016

      No Comments on UCAPAN BAHAS BAJET 2016

Bajet 2016 dipersembahkan kepada Rakyat dalam suasana negara diuji dengan berbagai dugaan dalaman dan luaran. Sebagai warga dunia yang hidup atas kebergantungan hubungan merentasi sempadan negara sendiri, kita tidak dapat lari dari suasana ekonomi dunia yang memberi kesan kepada ekonomi negara. Contohnya perkembangan perlahan ekonomi China, Harga Minyak yang menurun, FDI yang berkurangan serta kadar faedah USD yang tidak menentu. Faktor ini sememangnya adalah di luar kawalan walaupun kita mengetahui bahawa ekonomi dunia terlalu menekan negara-negara lemah yang terdedah kepada kerapuhan ekonomi bila-bila masa.

FAKTOR DALAMAN

Namun usahlah kita cuba menafikan pula bahawa sebahagian dari kemurungan ekonomi negara hari ini juga adalah dari tangan-tangan kita sendiri yang secara tidak sedar atau secara sedar melakar langkah-langkah menuju kepada negara yang bakal dilanda krisis.
{وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ} [الشورى: 30]

“Apa yg tertimpa ke atas kamu dari musibah (krisis dan ujian) adalah dari perlakuan tangan-tangan kamu (tggungjawab kamu) , Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa( perbuatan) kamu”

Hanya Rahmat Allah yang berbaki untuk kita sempurnakan melalui keazaman politik dengan menyelamatkan keadaan dan memperakui bahawa kita perlu mengatur langkah ke arah mengelak krisis dan bukan menggalakkan krisis. Langkah awal disarankan untuk dilakukan bersama ialah;

1. Semua pembahas dalam dewan mulia ini harus mengakui bahawa negara ini perlu diselamatkan dan bukan kerajaan ini perlu diselamatkan kerana kerajaan boleh datang dan pergi namun bahtera negara akan terus belayar. Kita mesti mendongak lebih tinggi dari garisan kepentingan parti kepada kepentingan negara. Saya memetik kata-kata David Lylod George:

‘A politician is a person with whose politics you dont agree, if you agree with him, he’s a stateman’

‘ahli politik ialah seseorang yang anda tidak akan setuju dengan politiknya kerana jika anda bersetuju dengannya ia adalah seorang negarawan’

Saya harap anda semua bersetuju dengan cadangan saya ini bahawa ‘Nation First’ adalah keutamaan kita semasa negara melalui saat saat yang sukar ini.

2. Kembalikan kepercayaan rakyat melalui tindakan drastik mencari individu dan pihak yang bertanggungjawab terhadap skandal yang mengeheret negara kepada kepada capital outflow dianggarkan RM11.7B sepanjang 14minggu tahun ini berbanding RM 6.7B sepanjang tahun lepas. Kita berhadapan dengan ‘trust deficit’ yang lebih buruk dari defisit perbelanjaan negara. Dengan kata lain Modal yang keluar adalah kerana hilang kepercayaan dan bimbang penurunan ringgit secara terjun bebas.

Tidak syak lagi isu dana 1MDB yang menyebabkan kerungsingan pasaran dan menjadi skandal negara. Kami menuntut para pesalah diheret dan dibawa kepada keadilan dan dihukum dalam kadar segera.

3. Berbahas merentasi parti politik bagi mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum negara ini sepenuhnya berada dalam kategori negara yang tidak berfungsi bagi mengelak

1. trend perbelanjaan tidak berhemah (khusunya JPM dari 7.1b 2008 kepada 16.5B 2014),
2. tahap keberhutangan meningkat pada nisbah 53.8% tidak termasuk off budget liabilities 66%),
3. Ketirisan dari aliran keluar secara haram RM170.7B pd 2012 dan akumulatif 1.388trilion dari 2003.
4. Berkekalannya defisit sejak 1998 dan trend akan kekal hingga 2020..
5. Over spending (berbelanja berlebihan) dan heavy borrowing (lebihan berhutang) menyebabkan berlaku constrained fiscal space atau ruang fiskal yang ketat)

POLISI MENANGANI RUANG FISKAL YANG KETAT

1. Sekat ketirisan kadar segera menyebabkan rasuah yang berleluasa dalam pentadbiran kerajaan supaya dapat selamatkan 30B. Ini termasuk menghapuskan perlindungan politik yang berleluasa.

2. Kurangkan perbelanjaan operasi khususnya pada non-emoulument yang membengkak pada 75% antara 2010- 2015 (perkhidmatan dan bekalan) Dengan itu penggunaan subsidi bersasar dapat diselamatkan.

3. Kurangkan pinjaman di luar bajet kerana walaupun tiada dalam senarai tetapi ia tetap memberi kesan tanggungan hutang tertunggak dianggarkan 13.3 B diandaikan write off ialah 6.6B. Untuk pelaburan melalui agensi khas kerajaan khusunya perumahan dengan tunggakan liabiliti 34.2B.

4. Melaksanakan cukai secara progresif dan bukan regresif setelah kerajaan mengukuhkan disiplin tatkelola kewangannya dulu.

5. Optimakan pulangan aset mengikut harga pasaran cthnya pembidaan tanah kerajaan dll.

PENGISLAHAN STRUKTURAL

Kita kerap membentang segala ketirisan dan penyelewengan di sini dengan berbagai tuduhan dan tohmahan tetapi jarang yang bercakap tentang struktural reform atau pengislahan struktural. Hanya dengan berfikiran struktural kita dapat mendepani masalah secara praktikal dan menghalang masalah yang sama berulang. Seperti kata kata Einstain:

‘We cannot solve our problems with the same thinking we used them when we created them’
‘Kita tidak mampu menyelesaikan masalah dengan cara berfikir yang sama ketika kita mencipta sesuatu inovasi’

Pakatan Harapan mencadangkan,

1. Memisahkan kuasa PM dan Menteri Kewangan bagi mengelakkan kuasa berlebihan pada seorang individu.

2. Bagi pelaburan dana sovereign Parlimen hendaklah dimaklumkan dan dirujuk serta bagi melahirkan pertanggungjawaban yang lebih pada mana-mana pelaburan.

3. Memperkukuhkan kebebasan institusi pembuat dsar seperti Suruhanjaya SPRM, Pejabat Peguam Negara, Bank Negara dan pastinya Parlimen serta Polis. Semua agensi ini perlu dilihat bebas dan berkecuali. Kami berasa sangsi apabila dalam kes 1MDB Suruhanjaya yang dibuat hilang entah kemana, Peguam Negara dihentikan khidmatnya dan PAC tidak disegerakan untuk dibentuk sehingga menanti 3 bulan dalam sidang bajet. Jangan salahkan rakyat atau ahli politik apabila terus memeprtikaikan misteri 1MDB yang tiada jawapan yang memuaskan tidak termasuk RM2.6B yang telah memalit nama baik Pekan selaku Perdana Menteri Malaysia.

MENGISLAHKAN BRIM

1. BRIM perlu dibuat secara bersyarat bagi mengelak sebarang salah guna dan eksploitasi politik dan sistem yang tidak cekap.

2. Cara pertama ialah pengagihan melalui sistem KWSP dengan majikan membayar sebagai topup kepada pekerja samada direct transfer atau tax rebate atau keduanya sekali.

3. Cara kedua ialah isi rumah yang ada anak bersekolah dengan pendapatan 3ks. Syarat pemberian mestilah kehadiran 90% di sekolah.

4. Kepada yang tidak bekerja mereka akan diberi melalui bantuan kebajikan setelah mengenalpasti sasaran.

6. Kurangkan caruman pekerja kepada 2-3% supaya pekerja ada lebihan dalam poket mereka untuk belanja, selebihnya ditanggung oleh Majikan.

Dengan cara ini BRIM bukan pemberian kosong tetapi sebagai inisiatif dan cara menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka layak mendapatnya dan bukan hanya pemberian politik.

AGENDA BUMIPUTERA

Agensi Bumi perlu diberikan pengukuhan. Isu ketirisan, tadbirurus seperti MARA dll perlu ditangani terlebih dulu kerana ini akan menjadikan perjalananan agensi Bumi ini dilihat tidak efisyen dan profesional. Antara lainnya ialah

1. BOD atau Majlis Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripad mereka yang profesional dan bukan ahli politik. MARA contohnya mempunyai Majlis Lembaga yang dipimpin oleh ahli politik begitu juga Tabung Haji. Seharusnya Pengerusi agensi penting ini yang menjana agneda Bumi harus dioptimakan manfaatnya kepada pihak yang menerima. Saya mencadangkan mereka yang tidak perform dari Pengerusi-Pengerusi badan agensi Bumi ini digantikan agar agenda dapat diteruskan secara profesional.

2. Sekolah MRSM perlu dibina lebih banyak dipendalaman khususnya di Timur Malaysia kerana ia khusus untuk membantu mereka yang memerlukan. MRSM juga patut memikirkan bagaimana ibu bapa yang termampu dikenakan sedikit yuran bulanan supaya dapat dikurangkan kos operasi malah ia tidak adil bg ibu bapa yang mampu tidak memberi sedikit yuran berbanding dengan pelajar yang memang msikin.

3. 30% sasaran menunjukkan peningkatan dari 0.7%-16.8% sejak 4 tahun kebelakang. Bagaimana sasaran ini dapat dicapai?

POLISI PEKERJA ASING

Parti Amanah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurang kebergantungan kepada Pekerja Asing,

1. Memalaysiakan Tenaga Pekerja Mahir dengan meningkatkan skill dalam suasana kerja3D (Dirty, Dangerous dan Difficult)

2. Manganjak Kemahiran lebih tinggi seperti bantuan teknikal, pengurusan projek, penyeliaan dan peranan keselamatan.

3. Memalaysiakan tenaga kerja dari sumber TVET, Kolej dengan insentif yang lebih menarik bagi mengganti pekerja asing yang mengambil oasaran kerja ini.

4. Galakan pengecualian cukai bagi mereka yang mengambil oku sebagai tenaga kerja yang sesuai, mereka yang mengambil penduduk tempatan.

5. Sasaran mengurangkan penggangtungan 40% pada 2020 dengan menyelamatkan 15-20B tahunan

6. Menyediakan pasaran kerja bagi bakal TVET dan TVET yang ada.

7. Memberikan kuasa mengeluarkan permit pekerja asing dari Kementerian Sumber Manusia dan bukan dari Kementerian Dalam Negeri. Malah perniagaan memasukkan pekerja asing ini sukar dihapuskan kerana ia adalah lubok membuat duit dan monopoli pihak tertentu kadang kadang di atas kos mengeksploitasikan tenaga kerja asing dengan bayaran yang murah.

Semoga Bajet ini mendedahkan realiti yang sedang dihadapi dan cara bagaimana kita menanganinya. Rakyat sedang memerhatikan kita dan cara kita mengendalikan suasana samada kita benar people oriented ataukah power oriented untuk kekal berkuasa semata-mata…

Kata Janji hendaklah dikota
Rakyat hidup susah payah
Tak tahu apa yang hendak dikata
Samada Tahniah atau Takziah

Oleh itu segala penjelasan perlulah meyakinkan khusunya isu 1MDB dan akaun 2.6 B yang tidak diketahui rumusan dan jawapannya…sehingga itu agak sukar untuk kami dari Amanah menerimanya dan dengan berat hati terpaksa tidak menerima Bajet ini.

Sekian