UCAPAN BANTAHAN USUL TPPA

      No Comments on UCAPAN BANTAHAN USUL TPPA

Parlimen Malaysia
26/1/16, Jam 3.05pm

بسم الله الرحمن الرحيم والحمد لله رب العالمين. ان ارديد الا اصلاح ما استطعت، و ما توفيقي الا بالله عليه توكلت و اليه انيب (هود : ٨٨)

Saya mulakan dengan memetik tulisan Muhammad Hamidullah (1908-2002) dalam buku ‘The Muslim Conduct of State’ tentang Kebebasan dan Kemerdekaan sesebuah negara:

‘Independence is defined as the non-existence of any external power to enforce its will upon him ie and independent sovereign, in another word it is the right of the state to administer all its internal and external affairs in such a way that it is neither controlled nor interfered with by any foreign power’

(Negara Bebas dan Berdaulat didefinisikan sebagai tidak wujud mana-mana kuasa luar memaksa kehendak dan masadepannya iaitu sebuah negara merdeka dan berdaulat, dengan kata lain ianya adalah hak negara untuk mentadbir dan mengurus hal dalaman dan luaran tanpa campurtangan dari kuasa-kuasa luar)

Jelasnya TPPA bukan perjanjian antara negara berdaulat tetapi antara negara berdaulat dan kepentingan syarikat multi-nasional yang asasnya adalah untuk mengaut kepentingan atas risiko kepentingan nasional dan maruah negara.

Jangn dilihat dipandang sisi
Jangan pula bergesa-gesa
Bukan kerana kulit atau isi
Tapi membela maruah negara

Kita tidak perlu mendefiniskan penjajahan sebagai penjajahan militer tetapi sejak Perjanjian Pangkor(1874) negara kita sudahpun dijajah hanya dengan tandatangan memberi kuasa kepada British. Kali ini TPPA lebih buruk kerana kita menandatangani untuk beri kuasa kepada Syarikat Multinasional yang terdorong atas kepentingan mengkaut untung semata-mata. Bukti pada kenyataan saya ialah, wujudnya dalam perjanjian:

1. ISDS ( Investor State Dispute Settlement)

Asas ISDS ialah sesebuah syarikat multinasional diberi hak untuk membuat dakwaan ke atas sebuah entiti negara atau negeri yang berdaulat hanya kerana apabila ia merasakan keuntungan pelaburannya terjejas atau berkurangan. Banyak negara seperti Australia dan Canada serta negara NAFTA membantah kejahatan ISDS ini.

Kasus yang diperdengarkan dalam Tribunal Pelaburan Antarbangsa memberi perkiraan atas asas adakah sesuatu pelaburan terjejas daripada mengambil kira samada undang-undang yang sedia ada adalah bertujuan untuk memelihara kepentingan awam. Ini terbukti dalam kasus Kerajaan Australia vs Philip Moris tentang undang undang tobacco plain packaging (2012), US Company vs Quebec dalam penangguhan shale gas mining bernilai 250juta atas kepentingan alam sekitar, begitu juga Syarikat multinasional pharmaceutical Eli Lilly yang menyaman kerajaan Canada atas keputusan menafikan patent demi kemudahan akses awam kepada ubatan generik yang lebih murah. Isu kepentingan dan kedaultan nasional dari sudut Kesihatan Awam dan Alam Sekitar nampaknya berpotensi dicabar seperti kasus di atas. Kita pun tahu negara terlibat Australia dan Canada memounyai infra perundangan dan demokrasi yang jauh lebih baik dari kita, bagaimana infra kita untuk mempertahankan asakan Syarikat Multinasional terhadap kedaulatan kita? Demikian para pengkritik ISDS menyatakan bahawa:

‘The right to regulate has not been preserved. The only effective way to preserve it, is not to undermining it via protection standard or excluding it’
(Hak untuk memperundangkan tidak dipelihara dalam ISDS, Cara paling berkesan untuk melindungi hak ini ialah melalui memlihara piawaian atau ia dihapuskan sahaja ( tidak boleh dipertikaikan hak undang-undang negara)

Di sini kedaulatan undang-undang negara telah dicerobohi apatah lagi ia adalah proses satu hala di mana negara demi mempertahankan perundangannya sentiasa dikandang defense dan bukan sebaliknya jika mereka melanggari kepentingan awam dan alam sekitar negara kita. Bukankah ini penjajahan kepada kedaulatan dan menggugat Demokrasi Nasional yang mendapat mandat dari kepentingan rakyat? tidak syak lagi TPPA adalah penjajahan ke atas Kedaulatan Negara….

Jangan membaca sekerat-sekerat
Sesal nanti jangan kesesatan
bukan menolak tetapi ambil berat
Salahkah saya mempertahankan kedaulatan?

Tuan Speaker,

GEO-POLITIK

TPPA bukan hanya soal perdagangan, malah hanya 6 dari 30 Chapter adalah tentang perdagangan , baki 24 Chapter tidak ada kena mengena dengan perdagangan. Ini memberikan kami satu pandangan bahawa Amerika sebagai kuasa besar lebih mementingkan dasar mengubah Geo-Politik rantau ini daripada mahu berdagang dengan kita atau perdagangan hanya alasan untuk mencapai hasrat dasar luar negara kuasa besar seperti Amerika.

Ini membawa kita kepada isu pengimbangan kuasa ke atas China yang digeruni kebangkitannya kerana saiz perdagangannya dengan rantau ini (Malaysia dan China sahaja ada RM 100B nilai perdagangan dengan China) Apakah Negara kita hanya menjadi paksi pelancaran dasar pengimbangan kuasa Amerika ke atas China? Obama pernah berkata dalam State of Union Address:

‘ With TPPA, China does not set the rules in that region, we do!’
(Dengan TPPA Negara China tidak menetapkan aturcara permainannya, kita yang tentukan)

Apakah Malaysia cuba mengambil hati kedua-dua kuasa besar ini dengan harapan mengaut keuntungan dari kedua-duanya ataukah akan jadi ‘Gajah sama Gajah bergaduh pelanduk mati di tengah-tengah’ Dalam proses itu mungkinkah projek mega tertentu dianugerahkan kepada China untuk mendiamkan tekanan China? Apa akan jadi kepada sikap kita selama ini kepada dasar ZOPFAN dan Asean Community yang Malaysia pernah menjadi Pengerusinya? Adakah Malaysia menjadi broker untuk negara Asean lain? seperti Mesir pernah menjadi broker kepada negara-negara Arab untuk meneuteralisasi hubungan dengan Israel setelah menandatangani Camp David?

PANDANGAN RAKYAT

Tuan Speaker,

Jangan sesekali kita menafikan suara rakyat, jangan hanya perbahasan ini dibentangkan di dalam Dewan ini, kita kononnya berbeza dengan negara lain bahawa kita lebih demokratik sedangkan proses pendengaran awam dalam isu ini tidak dibentangkan secara telus demi mendapat pandangan awam, barulah ia dikatakan demokratik dan telus dalam membuat keputusan, lagipun kita amat maklum bagaimana Parlimen Malaysia menjalankan proses perundangannya.

Di bawah adalah PEW Research Survey bahawa Malaysia antara yang paling lemah sokongan kepada TPPA iaitu 38% begitu juga US iaitu 49%. Yang menentang sepenuhnya ialah Canada 31%, Australia 30% dan US 29%. Dalam konteks orang Malaysia yang paling kurang sokongan dalam hubungan perdagangan dengan US ialah 14%. Adapun hubungan ekonomi yang lebih mendalam dengan China sokongan 43% dari rakyat Malaysia. Adapun kebimbangan hubungan dengan China kerana TPPA rakyat Malaysia menyatakan 54% kebimbangan membawa kepada konflik dengan China. Sabda Junjungan Besar Nabi s.a.w

كلكم راع و كلكم مسؤل عن راعيته….
Setiap kamu bertanggungjawab dan setiap kamu akan dipersoalkan ke atas tanggungjawabnya

اذا ضيعت الامانة ، كيف اضاعتها؟ اذا وسد الامر الى غير اهله فانتظروا الساعة
‘Tanda kehancuran ialah apabila Amanah disia-siakan, lalu ditanya kepada Baginda, Bagaimana ia boleh disia-siakan? Nabi menjawab: Apabila sesuatu urusan itu diberi kepada yang tidak layak tunggulah kehancurannya’

CADANGAN

1. Tidak dinafikan perjanjian ini akan meletakkan piawaian perundangan di Malaysia mengikut ukuran antarabangsa, namun sejauhmana Malaysia dapat menyediakan infra ke arah tersebut jikalau rekod proses membuat perundangan di Malaysia dan salahguna undang-undang adalah untuk kepentingan pelabur dan parti yang memerintah dan bukan kepentingan awam.

Penguatkuasaan Alam Sekitar yang lemah seperti di di Gebeng, Kuantan, Pahang dalam bala bauxite sudah cukup membuktikan kelemahan perlaksanaan dan penguatkuasaan perundangan. Tanpa TPPA pun kita gagal menguasai keadaan untuk memelihara alam sekitar bagaimana kalau sudah tandatangani? mampukah kita mempertahankan?

Kelemahan pantauan terhadap syarikat multinasional lokal sperti TH yang kini diragui kemampuannya termasuk dakwaan asetnya lebih rendah dari liabiliti dan konsentrasi 5% pendepositor dari 75% saiznya mendedahkan kepada bahaya pendepositor menarik diri. Mampukah kita paksa orang ikut piawaian perundangan korporat kakau kita sendiri gagal meletakkan paiawaian ke aats syarikat sendiri?

Bagaimana sistem kehakiman dan campurtangan politik yang begitu ketara, apakah isu ini telah dilanggani sebelum kita mencapai piawaian perundangan antarabangsa yang mementingkan keadilan dan kebebasan perundangan?

2. Tidak dinafikan Malaysia boleh bersaing tetapi adalah pemain lokal kita termampu dengan padang permainan yang tidak adil?

3. Apakah kajian terhadap kesan seisi rumah dari sudut kesihatan awam termasuk ubatatan, makanan, buruh dan dasar penggajian. Tanpa kajian mendalam Malaysia akan terus diheret kepada kesenjangan pendapatan dan tekanan kepada penduduk luar bandar dan B40? Harapan pengembangan ekonomi tidak berbaloi dengan kesan dan impak negatif kepada rakyat teramai.

4. Kita tidak perlu tergesa-gesa, perlu diwujudkan satu jawatankuasa merenatskepartian di dalam dewan ini untuk meneliti lebih mendalam dan mengadakan public hearing setelah chapter perjanjan ini didedahkan beberapa bulan yang sudah dan jawatankuasa ini membuat penelitian.

Buat masa ini, kami dari PH umumnya dan Amanah khususnya TERPAKSA MENOLAK usul ini atas hujah yang telah saya sebutkan tadi kerana isu-isu di atas tidak dapat meyakinkan kami.

اعدلوا هو اقرب للتقوى….
Berlaku Adil lah sesungguhnya ia hampir kepada Taqwa…

Sekian Terimakasih…

Yb Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia (PARIT BUNTAR)